Sunday, 3 May 2015

Bank Saudagar form 5 dan perbezaan antara bank saudagar and bank perdagangan



Bank Saudagar
 




**Bank Saudagar ialah bank yang memberi perkhimatan kepada sektor karporat,pertubuhan dan perbadanan.
**contoh bank saudagar ialah-)
1)Affin Merchant Bank Berhad.
2)Alliance Merchant Bank Berhad.
3)Am Merchant Bank Berhad.
4)Aseambankers Malaysia Berhad.
5)Public Merchant Bank Berhad.

Fungsi-Fungsi Bank Saudagar

**Bank Saudagar tidak memberi perkhimatan kepada orang ramai dan perniaga kecil-kecilan.

-menerima deposit secara besar-besaran daripada perbadanan perniagaan seperti bank perdagangan,syarikat berhad dan sebagainya.
-menguruskan pinjaman bersindiket bagi syarikat yang memerlukan pinjaman yang tinggi dan tidak dapat diperoleh daripada sesuatu sumber.
-memberi khidmat nasihat kepada syarikat karporat untuk membuat pelaburan.
-memberi khidmat jaminan terbitan saham kepada syarikat yang mengeluarkan saham-saham terbaru.
-memberi khidmat pengurusan portfolio    
                     Perbezaan Bank Perdagangan dan Bank Saudagar
                Bank Perdagangan
                Bank Saudagar
-Bank perdagangan menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai/firma kecil.
-Bank saudagar menyediakan perkhimatan kepada sektor karporat/firma besar,perbadanan dan intitusi kewangan lain.
-Bank perdagangan menerima deposit semasa,deposit tetap dan deposit tabungan daripada orang ramai/firma kecil.
-Bank saudagar menerima deposit tetap sahaja daripada sektor karporat atau perniagaan.
-Bank perdagangan menerima deposit tetap dengan jumlah RM500
-Bank saudagar menerima deposit tetap dengan jumlah minimum RM 250 000
-Bank Perdagangan memberi khimat nasihat pelaburan dan kewangan.
-Bank saudagar memberi khidmat nasihat karporat menanggung terbitan syer,pergabungkan syarikat dan pengalihan syarikat sahaja.

Sajak Kecek (V) Tingkatan 5



Sajak Kecek(V) Awang Abdullah
1
Seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
kedalam amanahnya
yang telah lama pecah.

2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.

3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurunng sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
kedalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut di papan hidupnya.

4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
                                       
Maksud

Rangkap 1
Seorang pengarah syarikat mengumpulkan kekayaannya dengan melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain.

Rangkap 2
Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang ramai. Namun begitu, dia tidak pernah mengambil harta atau kekayaan orang lain untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan.

Rangkap 3
Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya dengan mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain semasa mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah.

Rangkap 4
Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk mencatatkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan keadilan pada hari pembalasan nanti.

Tema
Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.
Persoalan
1. sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain
2. kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki
3. ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga
4. hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang

Gaya Bahasa
1. Metafora
– akaun kemiskinannya
- pagar sengsara
- akaun sengsaranya
- ruang kedaifan
- rahang laut
- pusaran nasib
- rumah keadilan
2. Pengulangantetapi, ke dalam, di, ke dalam
3. Asonansiyang telah lama pecah
4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan

Nada
Sinis

Nilai
1. Kejujuran
2. Kegigihan
3. Ketabahan
4. Keadilan

Pengajaran
1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal supaya diberkati oleh Tuhan.
2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki yang halal demi keperluan keluarga.

-sekian terima kasih-